Saturday 6 May 2017

Penawar Resdung Paling Mujarab



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.!

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim Selawat serta Salam kepada Habibuna Saidina Rasulullah Muhammad solallahualaihiwasallam, Saya ingin memperkenalkan anda sejenis ubat daripada serbuk akar kayu herba tradisional untuk melegakan dan mengurangkan simptom resdung dan juga alahan kepada makanan laut.

Untuk pengetahuan semua. Saya juga pernah mengalami penyakit resdung yang sangat kronik. Bersin berhari-hari terutamanya di waktu pagi selepas bangkit dari tidur dan di waktu malam, hidung gatal, mata merah, berair, dan juga diserang migrain. Sakit dan seksanya hanya tuhan saja yang tahu.

Bagi mereka yang sedang mengalami penyakit seperti ini memang tak boleh nak buat sebarang kerja. Jika seseorang itu masih belajar, mereka sanggup tidak pergi kelas, mengulangi pelajaran dan sebagainya. Memang susah nak tumpukan perhatian kepada pengajian. Hendak keluar dengan kawan-kawan pun rasa tidak yakin dengan diri sendiri.

Berbagai-bagai jenis ubat dan rawatan telah saya cuba sehingga menghabiskan wang mencecah ribuan ringgit. Namun semuanya tidak memberikan apa-apa kesan. Dengan takdir Allah swt. Alhamdulillah saya diperkenalkan dengan ubat tradisional ini oleh rakan saya dari Kemboja. Ubat ini mampu menyembuhkan penyakit resdung dari dalam.


Setelah mencuba selama 3 hari, kesannya sangat memberangsangkan. Penyakit gatal-gatal di hidung dan di kawasan muka sudah beransur-ansur hilang. Bersin waktu pagi pun hilang serta merta. Dan Alhamdulillah saya juga sudah boleh memakan makanan laut tanpa ragu-ragu lagi. Walaupun simpton resdung saya tidak hilang 100% tetapi gejala resdung berkurangan secara ketara. Alhamudlillah!


Jadi saya ambil kesempatan ini untuk menyebarkan pula ubat ini kepada sahabat-sahabat yang mengalami nasib resdung seperti saya. Mudah-mudahan maklumat yang saya khabarkan ini dapat membantu mengembalikan keceriaan dalam hidup sahabat-sahabat sekalian. Dan mudah-mudahan juga saya mendapat balasan yang baik daripada Allah swt. Insya Allah!

Buat pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, sudah hampir 3 bulan saya mengamalkan ubat ini. Dan Alhamdulillah penyakit resdung yang saya alami sudah beransur hilang. Dos yang saya makan hanyalah sebiji sebelum tidur di waktu malam dan sebiji di waktu pagi.

Satu botol ini mengandungi 35 bji kapsul


Untuk mendapat kesan yang lebih cepat, adalah lebih baik kita membuka sarung kapsul dan memasukan serbuk akar kayu di dalam segelas air kosong. Mengikut pandangan orang ramai sarung kapsul ini adalah kurang baik untuk pemprosesan buah pinggang. Wallahuaklam… saya pun kurang arif adakah ia benar ataupun tidak. Tapi untuk langkah berjaga-jaga lebih baik kita menelan ubat yang berada di dalam kapsul itu sahaja. Dan sarung kapsulnya tidak perlu kita telan.

Selepas dimasukkan serbuk ubat tadi ke dalam segelas air kosong dan kacau hingga larut. Sebelum minum jangan lupa membaca Bismillah dan selawat. Insya Allah dengan izin Allah swt. penyakit resdung yang kita alami selama ini akan beransur hilang.

Insya allah dengan izin Allah swt, saya yakin ubat resdung ini menjamin kualiti dan kepuasan anda.

NASIHAT: Untuk permulaan, Dos yang perlu dimakan hanyalah sebiji sebelum tidur di waktu malam dan sebiji di waktu pagi. Dan sekiranya penyakit anda sudah berkurangan, anda tidak perlu lagi ambil dos setiap hari, Cuma ambil bila anda perlu saja. Contohnya dalam seminggu cukuplah sekadar anda menelan sebiji atau dua biji. Ataupun anda juga boleh menelan ia selepas anda memakan makanan laut.


UBAT RESDUNG AKAR KAYU INI SUDAH DIWARISI OLEH PENGAMAL PERUBATAN ISLAM SELAMA 40 TAHUN YANG LALU. DAN IA MERUPAKAN UBAT WARISAN TURUN TEMURUN.



Jika berminat sila whatsapp/mesej “RESDUNG” ke 012-2887468 atau klik link ini http://www.wasap.my/60122887468 Pn Laila.

Wednesday 3 May 2017

Majun Buasir Paling Masyhur Di Kelantan


Produk Majun ini adalah amalan tradisi orang-orang Kelantan sejak 20 tahun yang lalu. Majun ini ternyata berkesan hingga mampu menyembuhkan penyakit buasir yang kronik(berdarah). Kandungan Majun ini 100% daripada akar-akar kayu terpilih dan dijamin halal.

Dahulu ianya dijual di kedai-kedai kecil dan juga dari rumah ke rumah di daerah-daerah dalam negeri Kelantan sahaja. Tetapi apabila ahli  keluarga saya sendiri telah menggunakan majun ini dan alhamdulillah ternyata sembuh sepenuhnya. Lalu tergeraklah hati saya untuk sebarkan kepada orang ramai melalui Internet.

Pada mulanya Majun ini saya perkenalkan kepada saudara mara saya sendiri sahaja. Sekarang Majun ini mendapat sambutan hebat daripada orang-orang cina di Kelantan. Alhamdulillah dan Insya Allah selepas menggunakan Majun ini, Anda tidak perlu ke Hospital untuk membuat pembedahan Buasir.

Apa pun saya tak pandai nak menceritakan bahawa ubat ini lebih berkesan daripada Majun atau ubat-ubat yang lain. Tapi hakikatnya ubat ini memang berkesan. Sama juga seperi Penawar Resdung yang saya ceritakan dulu. Mula-mula saya ceritakan kelebihan dan keberkesanan ubat ini, ramai juga hamba-hamba Allah yang mengkiritik tanpa mencubanya terlebih dahulu.

Tapi Alhamdulillah selepas daripada itu ubat resdung yang saya cadangkan itu mendapat sambutan daripada ribuan pengguna di seluruh Malaysia. Dan tiada seorang pun pengguna yang melemparkan kritikan yang negatif. Malah hingga saat ini masih ramai yang membelinya. Alhamdulillah!

Lihat Simptom-simptom penyakit buasir ;
  1. Rasa sakit yang berdenyut-denyut , rasa gatal pada lubang dubur.
  2. Pendarahan  berlaku selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan di situ.
  3. Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.
  4. Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.
  5. Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
  6. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
  7. Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.
Penyakit buasir ni atau Hemmoroid iaitu penyakit yang boleh terjadi dibahagian dubur. Ia terjadi bila saluran darah venus (veins) yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur (rektum dan anus). Ada dua jenis buasir yang utama iaitu :

Buasir dalam. Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan). Ia selalunya berbentuk bulat, berwarna purple.

Buasir luar. Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir jenis ini tidak sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya.

Jangan biarkan buasir anda menjadi semakin parah sehingga anda terpaksa membuat pembedahan di hospital. 

MAJUN INI SANGAT TERHAD!!! SILA DAPATKAN SEGERA Majun ini dengan harga yang sangat berpatutan. Hubungi/msg/whatsapp  “BUASIR” ke 012-2887468  atau klik link ini http://www.wasap.my/60122887468 Pn Laila.


P/S: Alhamdulillah Majun Buasir ini sudah menembusi pasaran Brunei, Indonesia dan Singapore. Bagi mereka-mereka yang ingin menjadi stokis bolehlah hubungi Pn Laila sekarang.

Monday 1 May 2017

Petua Tradisional Untuk Hilangkan Parut Bersalin Caeser

Assalamualaikum w.b.t. & Salam sejahtera buat ibu-ibu di luar sana.
Pertama sekali saya ingin kongsikan satu pengalaman menarik buat ibu-ibu yang pernah bersalin secara pembedahan caesarean seperti saya. Bersalin secara caesar ini adalah bukan sesuatu yang mudah.
Pembedahan caesarean ini melibatkan pembedahan besar pada bahagian perut dan pelvis kita. Kadang-kala, pembedahan caesarean diperlukan untuk menyelamatkan nyawa si ibu atau bayi.
Hakikatnya inilah pengorbanan seorang ibu kepada anaknya. Mempertaruhkan nyawanya hanya untuk kehidupan si manja. Ibu meletakkan nyawanya dihujung rambut, bertarung maut demi kelahiran anaknya.
Bahkan, untaian doanya tidak pernah terputus untuk seorang anak sejak dalam kandungan lagi. Mereka selalu berharap dan memohon kepada Allah s.w.t. agar anaknya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Kasih sayang yang Allah s.w.t pinjamkan ke dalam hati seorang ibu, kasih sayang yang hebat, dari Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.
Tingginya darjat seorang ibu sehinggakan Rasulullah ﷺ perintahkan memuliakan ibu sebanyak tiga kali, kemudian bapa, menunjukkan betapa penting dan beratnya penekanan Rasulullah ﷺ  agar anak-anak memulia dan melayan ibu sebaik-baiknya.
Justeru Rasulullah ﷺ meletakkan kedudukan ibu itu selepas keutamaan solat, dan di atas dari jihad. Alhamdulillah dan tahniah kepada ibu-ibu yang sabar dan redha dengan rahmat Allah swt.
Kembali kepada cerita pengalaman saya bersalin secara pembedahan caesarean ini. Selepas berpantang saya mengurut dengan Mak Bidan di selatan tanah air. Sedangkan ketika itu saya berpantang di bandar & rumah mertua di pantai timur.
Walaupun rumah saya agak jauh dengan Mak Bidan, Tapi ibu saya cadangkan saya mengurut dengan Mak Bidan ini, kerana pengalamannya lebih 20 tahun. Lagipula rumah Mak Bidan ini dekat dengan rumah ayah saya.
Alhamdulillah setelah Mak Bidan melihat dan memegang perut saya. Dengan selamba dia tegur parut caesarean besar dan hitam. Kenapa tak jumpa makcik dari awal. Kalau tak parut macam ini tak nampak seteruk macam ini.
Ketika ini saya hanya blurr dan senyum saja, sambil bertanyakan soalan kepada makcik.
Saya; Ada ke ubat untuk hilangkan parut ni makcik?
Makcik; Ada nak, serbuk kunyit ubat yang telah dicampurkan dengan akar-akar herba tradisional, makcik dah banyak mengurut orang yang bersalin secara belah perut macam ni. Tiap kali makcik pergi mengurut, makcik akan bagi pada meraka supaya tampal-tampal di tempat luka parut ini setiap hari di waktu malam dan pagi. Alhamdulillah memang tak nampak kesan parut pembedahan teruk macam gini.
Saya; Saya takut nak sapu apa-apa ubat makcik, Sebab doktor pesan memang tak bagi letak apa-apa ubat di tempat luka pembedahan ni. Kecuali ubat-ubat luka yang sudah disediakan hospital. Masih belum terlambat ke makcik saya nak hilangkan parut bedah ni?
Makcik; Nak cubalah dulu macam mana, sebab sebaiknya selepas operate 5,6 hari tu dah kena letak serbuk ni. Tapi adik ni dah lama sangat. Sebab menantu makcik pun makcik bagi dia pakai serbuk ni. Alhamdulillah memang tak nampak kesan parut, Sebab dia mula dari awal. Nampak putih saja, tak nampak hitam dan tebal macam ni. 
Contoh carian gambar daripada google.
Dipendekkan cerita makcik ini terus menunjukan kesan pembedahan di lehernya, kesan daripada operate ketumbuhan Tiroid.
Makcik; Tengok leher makcik ni nak, tak nampak pun kesan parut pembedahan kan? 
Saya; Masya Allah memang tak ada kesan parut lah di leher makcik, masih belum terlambat ke saya nak pakai serbuk (seakan-akan serbuk powder) ni makcik? 
Makcik; Nak cubalah dulu, sebab sejak akhir-akhir ni ramai sangat yang bersalin secara belah perut macam ni. Dah banyak juga ibu-ibu yang makcik bagi serbuk ni pada mereka. Alhamdulillah memang tak nampak kesan parut pembedahan.
Dengan excited saya tanya makcik ni, dekat mana nak dapat serbuk ni makcik? Jawabnya serbuk powder ini ada jual di kedai sifulan  bla..bla..bla!
Justeru saya terus ambil botol serbuk powder di tangan makcik ini dan baca details di label-nya. Alhamdulillah memang selamat dipakai dan sudah mempunyai NOT daripada Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Selesai mengurut, saya dan suami bergegas ke kedai tersebut untuk mendapatkan serbuk powder ini. Dan kami drive pula menuju  ke kilang memproses serbuk ini dan meminta izin untuk beli kuantiti yang banyak dan beri pada sahabat-sahabat yang menjalani bersalin secara caesar seperti saya.
Herba Serbuk Powder Mak Bidan Berikan Kepada Saya
Mengikut nasihat makcik, cara menggunakan serbuk powder ini hendaklah dicampurkan dengan air gamat asli. Cuci kesan luka atau kawasan luka pembedahan itu dengan air gamat (bukan minyak gamat yer, jangan tersilap).
Kemudian tampal di bahagian sekitar tempat pembedahan itu setiap hari, buat seperti memakai bedak sejuk. Insya Allah dengan izin Allah yang Maha penyanyang kesan oeprate itu akan kelihatan seakan-akan kulit yang normal, malah kelihatan cantik dan tiada penampakkan kesan parut selepas pembedahan.
Serbuk Powder ini juga mampu merawat luka-luka baru lain seperti terkena benda-benda tajam atau luka pembedahan yang lain. Jika berminat untuk dapatkan serbuk powder ini boleh Whatsapp/mesej "CZER" ke 012-288 7468 atau klik link ini http://www.wasap.my/60122887468 Pn. Laila.
Semoga bermanfaat dan dirahmati oleh Allah s.w.t.
Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuhu….
P/S; Coretan ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar daripada seorang ibu dan juga Mak Bidan.


Testimoni 1.

Sepupu kami yang melakukan pembedahan pada 29/3/2017 kerana ada cyst dan telah menggunakan serbuk kunyit ini bersama-sama dengan pati air gamat asli. Mula menggunakan pada 15/4/2017 setiap hari secara istiqamah dan ternyata kesan luka cepat kering dan benang yang terkeluar semua tercabut dengan sendirinya. Alhamdulillah. Semua yang berlaku dengan izin Allah, serbuk kunyit dan pati gamat adalah ikhtiar dan asbab sahaja.

Niat kami ingin membantu kepada mereka yang memerlukannya... Inn Shaa Allah.  
Ini maklum balas sendiri daripada pengguna yang telah menggunakan sendiri serbuk kunyit ini bersama dengan pati air gamat asli.